Apr 20, 2016

#1 Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan MAC 2016.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Yeah! Hana is back! Hahaha… Tetiba rasa nak share pasal satu benda ni. Baca tajuk pon mesti dah tahu kan?


Alhamdulillah, pada 4-6 Mei 2016 lepas Hana diberi peluang untuk hadir program Dr. Azizan Osman; Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK). Kawan Hana, Marjan la yang ajak Hana sebenarnya. At first Hana pon tak tahu pape. Tapi Hana ni jenis kalau ape program yang Marjan ni ajak mesti bagus & best. So, masa Marjan offer tu terus Hana setuju je. Tanpa fikir panjang dan buat research pon pasal program IMKK ni. Hana perasan orang lain duk tengok video DAO dekat YouTube la ape la. Hana slumber itik je gamble nak pegi program tu with zero preparation. Hebat sangat kamu ni Hana!


Okay Marjan atau Hana panggil dia Jan ni kira BFF Hana la. BFF kategori “mak tiri”. Hahaha… But trust me, kategori “mak tiri” ni la yang sebenarnya banyak bagi semangat kat kita. Korang ade BFF kategori ni tak? Jan, ampunkan daku!


Tiket yang Hana dapat ni pon murah la sebab kawan Jan ni la yang beli then offer. Sebab masa tu buy 1 free 3. Masa tu Hana bayar kurang dari RM250 kot. Nampak tak? Bayar harga tiket pon tak ingat berapa? Takde komitmen langsung! Tapi bile nak dekat dengan tarikh tu ade la rasa excitednya tu. Tak tahu excited ape? Rasanya excited nak jumpa Jan kot. Maklum la “mak tiri” Hana sekarang ni jauh nun di Kuala Kangsar. But to be honest, first day tu rasa dia lain sangat. Tak tahu ape perasaan tu tapi rasa seronok especially bila sampai nak daftar tu. Ramai giler orang weiiii! Tapi it was a smooth registration even I am late. Good job Richworks team!


Oppsss! Lupa plak, program ni berlangsung 3 hari di IDCC, Shah Alam. Such a good place for any event. First day tu la Hana baru jumpa dengan kawan Jan yang beli tiket tu; Sarah & Kak Ieza (kawan Sarah). Sebelum tu contact trough WhatsApp je la. Sekarang dah jadi “The Positive Gang”. We keep support each other. Thankyou girls for all the positive vibes. Syukur Hana kenal korang!


Okay, Hana rasa Hana stop sini dulu. Tetiba rasa kalau keep typing ni mesti panjang giler post ni. Nanti Hana sambung lagi ceritera IMKK Mac 2016 ni ya. In sha Allah. Rasa macam banyak sangat memori. Gitu! Hahaha…


Meh Hana belanja satu gambar masa first day with “The Positive Gang”.



Till then, pen off.

Apr 19, 2016

.Setelah Setahun Berlalu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.


More than a year after my last posting here. OMG! Ini memang betul2 mood tercampak ke Lautan Pasifik ni. Ha ha ha!


Oppsss! Ape khabar blogger sekalian? Hana doakan korang semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa.


Actually Hana pon tak tahu nak update ape ni? Takde idea. Padahal sebelum nak menaip tadi kemain lagi idea mencurah. Macam2 nak tulis. Ha ha ha! Selalu jadi macam ni. End up tak updae pon blog. Alasan sangat! Seronok tengok bloggers yang rajin update blog masing2. Ape tips korang ya? Share lah. Hehehe…


Nak kata busy, takde la busy sangat pon. Orang lain Hana tengok busy jugak kan? Tapi boleh je update blog. Hana ni busy sebab banyak habiskan masa kat benda lain kot. Or in other way, I don’t how to manage time.


Seriously Hana tetiba blank tak tahu nak taip ape lagi dah? Better Hana stop here before Hana start merapu meraban kat sini. In sha Allah bila datang idea Hana cepat2 taip and post. Sehingga berjumpa lagi; next posting. Hehehe.


P/S: Jeles tengok rakan bloggers yang join #MDECSBB2016. Share la link korang kat sini, boleh la Hana blogwalking nanti. In sha Allah.



Till then, pen off. 

Mar 15, 2015

#throwback: JCMY Annual Dinner 2014


Assalamualaikum…

Yes! It’s just too late to post about our JCMY Annual Dinner 2014. Yet, late is better than never.

Let it just be a short update with few pictures. We had our Annual Dinner at Rama V Restaurant near Jalan U Thant. The food can be said as marvelous especially the tomyam!

So, let’s enjoy the pictures!

JC Girls with MD
Let's MAKAN!
BEAUTIFUL ladies!
This one, SEDAP!
HAPPY BIRTHDAY December babies!
Yeah! I am the WINNER.
So let's wrap this post!

We had a memorable night. Thanks to everyone for make it happen. Till we have another gathering. Love ya! 


Till then, pen off.



Sep 1, 2014

Satu pengalaman


Assalamualaikum…

Hari tu aku ade nak kena settlekan PCB dekat LHDN. Aku ni hanya nak tolong management je. Takpe la, aku memang tak kisah sangat la sebab ini boleh jadi pengalaman untuk aku. Memang seumur hidup pon tak pernah nak settle pasal PCB nih. So, aku ingat pembayaran PCB ni boleh buat dekat semua LHDN. Memandangkan tempat keje aku ni dekat Maluri, so dengan yakin aku pon pegi la ke LHDN dekat Menara PGRM tu. Dah la mase nak pegi tu aku tertinggal cek yang aku patut bawak untuk buat payment tu. Ini pon dah nampak dugaannya. Tapi takpe la, ini memang salah aku la. Sape suruh lupa sangat kan? Tak pasal2 nak kena patah balik ambik cek.

Okay, dah ambik cek pegi balik kat PGRM tu. Hurmmm… tak penah sampai kat sana dan takde sorang pon yang aku boleh tanya. Nasib baik dekat lif tu ade la die tulis which floor for which department. Jumpa la LHDN. Yang aku nampak tingkat 8. Dengan yakin lagi aku naik je tingkat 8. Aku tengok ade kaunter, so bagi la salam since aku tengok ade sorang kakak Melayu. Die tanya ade ape die boleh bantu tak? So, aku pon tunjuk la borang PCB yang aku bawak and bitau die aku nak buat payment untuk PCB tu. Rupanya aku salah tempat, kakak tu cakap yang PCB tu tak boleh bayar dekat situ. Kena bayar dekat tingkat 9. Okay, tingkat 9. Memandangkan satu tingkat je so aku naik guna tangga je la. Budget nak exercise la kan. Hahaha… Okay la, dah naik tingkat 9 tu aku tengok dah ramai jugak orang. So, cepat2 aku tekan nombor giliran and tunggu la sampai turn aku. Lama jugak la nak kena tunggu, dalam sejam lebih jugak. Akhirnya, sampai jugak turn aku. Yes! Pegi la kat kaunter yang sepatutnya. Yakin je terus bagi borang PCB tu. Kakak dekat kaunter buat muka pelik; “dik, yang ni tak boleh bayar dekat sini. Kena bayar dekat Jln Duta. What??? Kakak dekat bawah tadi cakap kena naik sini. Mase tu aku hanya mampu gelak je. Nak marah pon rase tak guna jugak kan.

Dengan hati yang sebal aku turun la and fikir ape yang aku nak buat? Call kawan aku and aku akhirnya pegi ke Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Duta dengan menggunakan perkhidmatan MyTeksi. Bagus jugak ade apps macam ni. Bile terdesak macam ni boleh la guna. Akhirnya, aku sampai jugak ke tempat yang betul. Bila dah sampai tu baru lah rase penat. Maklum la, masa sampai tu dah pukul 4 and masa tu aku tak lunch lagi. So, aku duduk kejap and baru la ambik nombor dengan bantuan security yang ade kat situ. Tak sampai 5 minit aku duduk dah sampai turn aku. Untuk urusan yang beberapa minit je, aku dah habiskan beberapa jam masa aku. Kalau la aku tahu dari awal takde la masa aku terbuang macam tu je. Tapi inilah yang dikatakan pengalaman dan pengajaran untuk aku. Moral of the story, lain kali sebelum buat ape2 cuba google atau tanya dulu. Jangan berlagak macam pandai plak. Hehehe... Padan muka aku. So, lain kali kalau ade peluang nak buat urusan ni lagi takde la aku tersalah tempat lagi. Sekian pengalaman menguruskan pembayaran PCB.

*PCB tu singkatan untuk Potongan Cukai Bulanan. Ini untuk company yang takde payroll system je.

Till then, pen off.


Aug 31, 2014

Update blog pulak

Assalamualaikum…

Dah lama sangat kot tak update kat sini. Tak tahu la ape yang busy sangat. Balik keje je penat. Rasa nak terus baring je. Ape yang penat sangat pon tak tahu la? Macam la keje kena tolak gunung. Hahaha… Mungkin otak penat sangat kot. Banyak benda nak pikir. Mengalahkan PM je banyak sangat nak pikir nih. So hari ni sesaje la aku nak update sempena aku tengok ramai jugak yang update sempena Hari Kemerdekaan ke 57 tahun ni. Aku update sesaje je la. Tambah blogpost. Hehehe… Boleh ke macam tu?

Tapi tak tahu la kenapa bulan ni rasa lambat sangat masa bergerak. Tengah hitung hari nak balik kampung ni. Balik untuk pesta makan. Harap2 menjadi la plan untuk makan macam2 nanti. Makanan dan aku memang tak dapat nak dipisahkan. Bukan la nak membazir ke ape, but just enjoy eating! Maklum la, kat Malaysia ni kan boleh katakana syurga makanan. Hehehe… Ala, korang pon memang suka makan jugak kan? Kan?

Tapi tak sangka jugak kan, kita ni dah nak masuk bulan September. Macam baru je sambut tahun baru dah nak sambut tahun baru yang seterusnya plak. Ape je la yang aku dah buat tahun ni? Takde ape yang best sangat berlaku dalam hidup pon. Tapi aku tetap bersyukur dengan ape yang aku ade dan lalui sekarang. Mungkin ade lagi yang bernasib malang nak banding dengan aku ni. Sekurangnya aku masih lagi boleh menikmati kehidupan dengan sempurna dan keluarga masih lagi bersama dengan aku. Walaupon ade masanya rasa putus asa dan down tapi tetap jugak tabah mengenangkan Mak Ayah kat kampung. Hidup aku sekarang ni pon banyak fikirkan Mak Ayah. Mungkin jugak ini hikmah untuk aku yang hidup single ni kan. Sekurangnya all my efforts & love are for them. Buat masa sekarang, Mak Ayah cinta akhirat aku. Sebab tu la setiap bulan asyik nak balik kampung je. Dah macam anak manja pulak. Hahaha…

Alhamdulillah, aku jugak masih berkesempatan nak sambut Hari Kemerdekaan tahun ni. Maksud merdeka tu sendiri meluas. Yang penting, sentiasa merdekakan diri kita untuk keluarga bangsa dan negara. Syukur, kita berada dalam negara Malaysia. Bangga menjadi sebahagian dari negara Malaysia yang tercinta ni. Better aku stop dulu sebelum mengarut entah ape2 kat sini.


SALAM KEMERDEKAAN KE 57!

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.


Till then, pen off.


May 20, 2014

Kenduri

Assalamualaikum…

Dah lame tak update kat sini. Macam mane la nak jadi konsisten ni ah? Sekarang ni badan asyik tak sihat je. Sebelum balik kampung hari tu demam selsema boleh tahan teruk jugak. Sampai la balik kampong pon masih lagi demam. Tapi disebabkan keterujaan nak balik kampong jumpa family digagahkan jugak. Semangat la katakan. Tapi sehari sebelum balik KL tu demam datang lagi. Mak & ayah pon dah risau sebab malam tu nak kena naik bas. Tapi nak tak nak aku tetap jugak nak kena balik KL. Lagipon esoknya tu aku keje. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke KL dan petang tu aku dah masuk keje.

Aku hari tu balik kampung pon sebab ade kenduri. Kenduri kesyukuran majlis perkahwinan makcik aku, Mummy. Kita orang satu family memang panggil dia Mummy sejak dulu lagi. Alhamdulillah, selesai jugak majlis hari tu. Aku cuma boleh doakan Mummy akan bahagia hinnga ke Jannah Allah bersama suami & keluarga.

Bila dah kenduri ni ramai la saudara mara yang datang. Seronok jugak boleh jumpa semua orang macam tu. Bila kenduri macam ni la boleh jumpa sedara mara yang jauh. Tapi ade jugak yang tak seronok bila jumpa semua orang macam ni semua duk tanya pasal aku; bila pulak turn aku? Turn ape lagi kalau bukan turn nak kahwin. Ini lah soalan yang paling ku takde jawapan. Senyum je la jawapan nya. Sorang dua orang yang tanya boleh lagi senyum. Bila dah ramai yang tanya ade jugak rasa geram dan marah. Tapi biar je la. Jodoh tu Allah dah tetapkan. Mungkin belum lagi sampai jodoh aku, so tak payah nak sakit hati sangat. Insha Allah.

Macam dah lama tak tepek gambar kat post, so rasa nak tepek gambar mase kenduri hari tu kat sini. Takde la banyak sangat gambar, tapi ade la sikit sikit boleh tepek kat sini. Bak kata orang biarlah gambar berbicara. Enjoy!

Kami yang suka bergambar!


Diluar surau pon boleh!


Okay dah malas nak tepek satu satu.


Okay, last gambar. Takde lagi dah gambar.

Okay. Ini jelah untuk entry nih. Memang aku tak simpan banyak gambar sebab semua pon dalam HP adik adik aku kot. Hahaha…

Till then, pen off.



Apr 11, 2014

Teruja nak balik kampung.

Assalamualaikum...

Dah banyak hari jugak tak update blog ni. Maklum la busy (buat buat busy je padahal). 

Nasib la tengah tunggu baju yang basuh tu haaa, so sambil tunggu menaip la kejap. Lagipon hati sedang berbunga nak balik kampung esok ni. Ha ha ha... Takde la sampai sebulan lagi aku balik kampung ni nak balik lagi. Haih, duit gaji spend untuk balik kampung je. Hew hew hew... Tapi takpe lah, demi nak jumpa yang tersayang kat kampung ku relakan jua. Oppppsss, yang tersayang tu mesti la my parents and family. 

Mood riang gembira sikit hari ni. Tak tahu la kenapa. Kat tempat keje pon asik gelak je. Risau jugak. Duk riang gembira ni kang tetiba pulak ade something bad happen. Ya Allah mintak jauh la. Semoga perjalanan balik kampung esok selamat. In sha Allah. 

Hari ni pun happy jugak sebab dah submit Annual Leave Application untuk Hari Raya nanti. Ha ha ha.. Gila kentang awal. Excited sangat nak sambut raya ni. Hi hi hi... Harap2 la bos approve. Please boss... Hew hew hew...

Dah dah... Jom sambung packing pulak. Esok keje pagi, sekarang ni tak tido lagi. Kena packing dulu, so esok takde la kalut itik nak packing and takde la terkejar kejar. Tengah fikir lagi nak balik dulu or pegi terus stesen bas? Haih, ini la yang paling aku tak suka. Nak buat keputusan. Tapi kalau balik boleh la mandi ape semua dulu. Takde la balik kampung dengan uniform keje. Alaaaa... Macam tak biase je. Ha ha ha... Orang lain nak balik kampung cantik melaram, aku selamba gajah pakai uniform keje je. Ha ha ha... Memang tak peduli orang dah. Yang penting selamat sampai. In sha Allah.

Ini lah ni, bila dah menaip macam susah pulak nak stop. Tapi tak boleh ni, kena stop jugak. Nak packing. Till I write here again. See ya!!! 

Till then, pen off.


Apr 1, 2014

Campur aduk.

Assalamualaikum...

Alamak... Lama dah tak update. Salam 1 April semua. Selamat datang April, semoga yang baik baik sahaja untuk bulan ni. In Sha Allah. 

Minggu lepas aku balik kampung. Balik semata nak makan nasi kenduri. Cousin aku kawen. Sayangnya satu gambar pon takde dalam talipon ni. Aku biase la kalau balik kampung memang talipon tu biar je. So melaram je dengan talipon adik aku. Hahaha... Lupa pulak nak transfer gambar pegi talipon aku ni ha. 

Balik kampung tiga hari macam tak cukup je. Sampai KL je terus rasa homesick. Rasa macam nak terbang balik je. Tapi apekan daya? Tuntutan kerja kena jugak balik la kan. Takpe lagi dua minggu balik kampung lagi. Hehehe... Tak sabar nak jumpa buah hati tersayang. 

Oh! Stuck pulak kat sini. Tetiba macam takde idea nak tulis ape? Hahaha... Duk dengar budak rumah ni bersembang habis hilang idea. Tak tahu nak fokus yang mana satu. Hahaha...  Nampak sangat tahap fokus tu rendah. Next time tulis lagi la. Nak makan jap. Habis la gemuk pukul 10 malam baru nak makan. Huhuhu... 

Till then, pen off.


Mar 18, 2014

Sedikit pengenalan.

Assalamualaikum...

Banyak hari dah pulak tak menulis kat sini. Busy dan penat. Sabtu & Ahad lepas aku kena keje full day sebab partner aku nak kena support untuk event company. So tinggal la aku berseorangan di kedai. Nasib baik la jugak weekends, at least ramai jugak orang dekat AEON ni. Kalau tak aku ternganga la sensorang depan laptop. Dengan kata lain tido sambil mata terbuka. Hahaha... 

Lagipon ade jugak customer yang datang and ada jugak yang datang nak collect gambar masa event hari tu. Argh mesti korang pening bace cerita aku ni kan? Yelah aku pon tak penah cerita aku keje ape dan kat mane kan? Bila la aku nak citer ni? Pasal event under company ni pon aku tak penah citer jugak. Hahaha... So sesape nak tahu boleh la like page company tempat aku keje, boleh la like Facebook Jewel Cafe Malaysia. Hehehe... Next time ada mase aku citer la pasal company ni. Untuk bulan Mac ni pon company tempat aku keje ni ade buat event dekat semua outlet dekat Malaysia ni. 

Aku ni asal tengah malam je macam rajin la sikit nak menaip. Sekarang ni pon aku rase entri aku asik post tengah malam je. Kejadahnya? Nsib baik esok aku keje petang. Best jugak keje shift ni. Hehehe... Tapi bila dah keje macam aku ni memang kena banyak sabar dengan kerenah customer la. Aku ni pulak cepat naik angin jugak. Tapi tetap jugak tersenyum depan customer becasue customer is always right even sometimes they are not. 

Mata dah ngantuk nih. Aku rase setiap kali aku taip entry mesti rasa ngantok. Kalau macam ni hari2 la aku tulis blog je la so cepat sikit aku boleh todo sebab mata dah rase nak tertutup. Hahaha..

Till then, pen off.




Mar 13, 2014

Takde Tajuk.

Assalamualaikum...

Yay yay yay. Up entry lagi. Walaupon tak tahu nak tulis ape. Tapi takpe la. Taip je la ape yang terlintas di fikiran ni. Hahaha... 

Hari ni macam hari hari biase je. Hari ni kau masuk AM shift. Gila la. Boleh aku terlewat hari ni. Bad point bila stay dekat dengan tempat keje ni adalah selalu jek lambat. Kalau dulu duduk jauh mesti sampai awal. Tapi nasi baik la aku sempat thumb hari ni. Kalau tak melayang bonus RM100 bulan ni. Walaupon nampak jumlah yang kecik tapi tetap jugak duit. 

Hari ni je tetiba sakit kepala. Di serang migrain. Balik je keje terus trlan pain killer and ubat migrain. Rehat semua then baru la mandi. Sekarang ni cuaca panas sangat. Tambah pulak dengan jerebu yang kuat sekarang ni. Tadi mase nak balik lalu dekat jejantas yang nak ke tempat tren tu selalunya boleh nampak KLCC. Tapi harini langsung tak nampak. So, pastikan  korang semua minum air yang cukup. Jaga kesihatan ye semua.

Eh mata ni rase mengantuk sangat dah ni. Esok keje lagi. Penatnyaaaaaaa. Bila ada kelapangan dan kerajinan boleh la aku up entry lagi. Hahaha... 

Marilah kita sama sama doakan keluarga mangsa yang hilang bersama pesawat dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. In Sha Allah.

Till then, pen of.